Thursday, 3 January 2013

Cabaran bermula

Hari ini masuk dalam kelas 1A, program transisi/ suai kenal untuk tahun 1. Seperti biasa aku menjalankan amanah untuk program hari itu dengan nyanyian iaitu lagu negaraku, Melaka maju jaya dan lagu sekolah.

Seorang murid lelaki bermain2, dan aku menegurnya secara sopan dan berhemah ( konon2 cikgu penyayang la tuh), tapi still bermain2, xpe la....aku cool lagi, tapi bila dah membaling pembaris kat kawannya, ermmm apa lagi, aku pun mengetuk tangannya lite2 je, wahhhh.....bole meleler air mata gatal....so, aku cakaplah jgn buat lagi, kalau buat cikgu ketuk lagi kuat sampai patah jari.....kejamkan ayat!!!!!!

ingatkan kes habis di situ, rupanya budak kelememeh ni ngadu kat mak dia yang setiaku disini kat sekolah dan mak budak tuh trus call hubby dia dan kes berpanjangan la sampai calling2 guru besar (GB), GB pun arakan GPK1 utk beri nasihat kat aku. Sebagai seorang professional, aku akur la kan kalau org dah komplen....

tak puas hati sampai situ, aku siasat la serba sedikit latarbelakang budak kelememeh tu, ermmm rupa2nya anak salah seorang yg berjawatan dlm PIBG, kata dari sumber2 yang boleh dipercayai dan tidak boleh dipercayai oleh skuad mak jemah, bapak budak tu keje bagus, gaji 16k sebulan, mak dia suri rumah dan mguruskan anak2 pegi dan balik sekolah dgn kereta2 mewahnya.....(Ada aku Kesah)

Mula2 aku cuba beristighfar dan memujuk hati supaya aku tidak "bias" kepada anaknya apabila mengajar anaknya nanti, subjek BM, mybe dia x heran kot agak2 kat rumah speaking london gitu...hehehe (think positive), tapi hati dan perasaan ni dicucuk2 oleh setan kot: after this i dont care about your son....gagagagaga.....aku teringat kata2 ustaz dan ustazah masa sekolah dulu, kalau nak berjaya dan berkat kena dapat restu dari GURU......

Ya Allah, kau lembutkan hati aku untuk menerima kelemahan dan kekhilafan diri.....yang pasti esok aku akan catwalk dan berulang alik lalu kat kereta mak kelememeh tuh, kalau dia berani...jumpa aku!!!!

No comments:

Post a Comment