Syukur Alhamdulillah, sekolah aku, SABK Batang Tiga Timur tercalon di kalangan 13 buah sekolah negeri Melaka untuk mendapat BAI'AH.....memang teruja menerima perkhabaran ini terutama Guru Besar. Tapi bagi aku, jika terpilih, ini kali ke-2 aku mendapat bai'ah. Sekolah lama aku, pernah dapat sekali.
Seronok memang seronok, tapi memikirkan banyak perkara yang perlu dibuat, dengan pemantauan pegawai2 dari JPN,PPD,SPI akan merimaskan serba sedikit perjalanan sekolah dan guru2 la terutamanya kerana terpaksa menyiapkan fail itu ini, di samping menjalankan tugas hakiki iaitu mengajar. Perasaan kecut perut pasti dirasai kerana berdebar2 menunggu siapalah pegawai yang akan mencerap semasa seisi P&P dijalankan.....
Aku pernah lalui semua itu, dicerap, dipantau dan sebagainya.....tapi aku dah kebal dan tak gusar, bagi aku kalau ada kesalahan "tadah telinga" je mendengar komen2 dan apa saja la, biasalah diorg pun menjalankan tugas. So, kita kena profesional di sini.
Oklah, selamat berjaya SABK Batang Tiga Timur, peluang ini bukan datang selalu, dah tercalonkan pun cukup baik dikalangan ratusan sekolah di negeri Melaka. Good Luck!!!!
No comments:
Post a Comment