1. Akhirnya aku berjaya berpindah ke sekolah berhampiran dengan rumah setelah hampir 9 tahun berulang alik dari Pantai Puteri ke Kampung Pernu yang hampir 35km setiap hari (pergi balik 70km). Aku ditempatkan di sekolah SABK Batang Tiga Timur.
2. Awal tahun 2012 juga isteriku disahkan mengandung untuk anak ke-3, teruja beb nak beranak kecik, sebab anak yang pertama dan kedua dah berumur 4 dan 5 tahun masa tuh.
dan tahun 2012 juga kali pertama irsyad izz bersekolah di tadika excell, klebang mengikut abangnya irfan izz.
3. Aku ditawarkan untuk mengikuti pengajian peringkat sarjana di UPM , Master Pendidikan (Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama)....
4. Bulan 6, excited nak tau jantina anak, masa tu berdoa agar dapat gegerl, maklumlah dah 2 org boboi, pergilah ke klinik Dr Vincent. Bila scan, Dr kata: hahhhh nampak tak burger tu? hah burger? what mean doc? after this u boley la beli baju colour pink......alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami utk dpt girl.....triple excited.
5. 20 Sept 2012, selamatlah Nurin Izz Zafira lahir di dunia, macam2 nama dah dicari, terpilihlah nama itu yang bermaksud "cahaya kekuatan menuju kemenangan/keuntungan". Maybe maksud anak itu mmg memberi makna, mmg zafira seorang yg untung kerana byk rezekinya apabila dilahirkan, hadiah+wang pemberian rakan2, saudara mara bolehlah belikan dia barang kemas.....hehehe
eh lupa lak, tahun 2012 pun beri makna untuk adikku Aisyah kerana berjaya memperolehi ijazah di UTM skudai, dan sekarang melanjutkan pengajian peringkat master di UTM jugak, semoga adikku berjaya dunia akhirat....


